KEMANISAN KEJAYAAN
Indahnya apabila melancong di Negara asing dapat melihat
permandangan yang cantik dengan seni binaan bangunan yang unik dan menarik .
Adat dan budaya sangat berbeza ketika di kampung halaman tetapi masih indah .
Tiba- tiba , KRINGKRING KRINGKRING !! Aduh rupanya semua itu hanya mimpi .
Tangkas aku mencapai alat penggera tersebut untuk menutupnya . Bunyinya
menganggu pagi subuh yang nyaman dan sejuk . Walaupun terkejut dengan bunyi
yang menjengkelkan tetapi mataku terasa berat seperti ada batu gergasi
menariknya ke bawah . Aku lihat jam di dinding . “ Awal lagi rupanya . Lebih
baik aku sambung tidur . Sebaik sahaja aku menarik selimut kesayanganku yang
lembut untuk menutupi dan melindungi badanku daripada kesejukan yang mengigit
tulang , azan berkumandang menandakan sudah masuk waktu Subuh . Aku lepaskan
genggamanku dan segera berdiri seperti seorang askar yang dijatuhkan oleh
musuhnya dan dengan tangkas dia berdiri semula . Tanpa melengahkan masa dengan
segera aku menuju ke tandas untuk mengambil wudhuk . Air paip di waktu pagi
sudah cukup membuatkan gigiku menggeletar kesejukan . Aku menunaikan
kewajipanku di dalam bilik tidurku dan setelah selesai aku mengangkat tangan
memohon daripada ALLAH TUHAN SEGALA ALAM
untuk memenuhi segala permintaanku .
Makanan pagi telah tersedia di atas meja oleh ibuku yang
tercinta . Nasi lemak ayam dengan air milo suam menjadi rutin harianku di
setiap pagi cuti sekolah . Adakalanya ibu memasak nasi minyak tetapi mungkin
ibu sudah malas . Walaubagaimanapun , aku tetap berpuas hati walau makanan
tidak seberapa asalkan dapat memenuhi perutku yang kekosongan .
“ Nanti abang nak pergi sekolah pukul berapa ? “ tanya ibuku .
Aku yang baru sahaja ingin
menyuap nasi lemak dengan cebisan ayam goreng terhenti kejap untuk menjawab
soalan itu .
“ Pukul sebelas setengah nanti abang nak pergi dengan
motorsikal , jawabku .
“ Baguslah jika begitu .”
Aku selalu menghabiskan masaku selepas makan di hadapan
televisyen ditemani oleh ayahku ketika dia bercuti . Perut yang penuh diisi
dengan air milo dan nasi lemak ayam membuatkan aku tidak larat lagi untuk
berjalan . Tambah pula dengan mata secara tiba-tiba terasa berat semula seperti
subuh tadi . Aku merehatkan kepalaku di atas sofa dan menutup mataku dengan perlahan-lahan
. Hanya bunyi kipas yang bergerak dapatku dengari selain daripada degupan
jantung yang berdegup-degup . Tanganku bergerak dengan sendirinya ke bawah lalu
mencapai sesuatu . Aku segera menariknya ke atas dan memeluk bantal kecil itu .
Bau bantal kecil itu menjadi kegemaranku . Kelembutan kain yang membalutnya
membuatkan aku terlena seketika . ‘
“Bangun – bangun , ada orang telefon abang ni ! “
Mataku masih rapat , badanku masih lagi berbaring di atas
sofa . Aku mencapai telefon di tangan ibu dan meletakkannya di telinga .
“Siapakah ini ? “ tanyaku dalam keadaan separuh tidur dan
separuh terjaga .
“Ini Haziqlah , cepatlah datang rumah . Sudah lambatlah .”
Aku kehairanan . Apakah yang dimaksudkan lambat oleh Haziq .
Oh rupanya sudah pukul sebelas empat puluh lima pagi . Tidakku sangka sudah
lambat begini rasanya baru seketika aku berada di alam mimpi . Aku tergesa-gesa
mencari kunci motorku dan menuju ke rumah Haziq . Cuacanya agak panas
membuatkan aku menyesal tidak membawa topi bersamaku tapi aku tidak sampai hati
untuk membuat Haziq menunggu lebih lama lagi . Aku meneruskan perjalananku ke
rumah Haziq .
Apabila di sana , aku melihat Haziq berada di hadapan pagar
rumahnya dengan berpakaian seperti orang yang hendak pergi melancong
bersama-sama keluarganya ke luar negara . Jarang sekali kulihat Haziq
berpakaian begitu . Haziq memarahiku kerana lambat , tapi apakan daya aku hanya
mampu mengangkat tanganku tanda memohon maaf daripadanya . Haziq menaiki
motorku dan duduk di belakangku . Kami terus menuju ke sekolah kami . Sudah
berminggu-minggu kami tidak ke sekolah , banyak kenangan pahit dan manis , suka
dan duka kami sekawan di sana . Terlalu banyak peristiwa yang kami alami
bersama .
Kami selamat tiba di pintu pagar sekolah . Aku mengangkat
tanganku sebagai tanda hormat kepada pengawal keselamatan yang sedang bertugas
di pondok pengawal . Dia membalas juga
dengan mengangkat tangan sambil melemparkan senyuman . Kami menuju ke tempat
letak kenderaan yang berhampiran dengan kantin sekolah . Di sana ternyata sudah
ramai rakan-rakan seperjuangan kami berada si sana sambil berborak – borak dan
bercerita tentang pengalaman cuti masing-masing . Aku membawa motorku ke arah
sahabat – sahabat sekelasku lalu mematikan enjin motor . Aku dan Haziq
bersalaman dengan mereka sambil bertanya khabar . Wajah – wajah yang penuh
dengan kegembiraan membuatkan aku juga tersenyum . Melihat sahabat-sahabat aku
gembira sudah cukup membuat aku gembira sekali . Selama tiga tahun kami bersama
di sekolah ini dan telah banyak peristiwa kami lalui bersama .
Aku melihat jam tanganku . sudah menunjukkan pukul dua belas
dua puluh . Aku menjadi kehairanan kerana diberitahu bahawa keputusan akan
diserahkan pada pukul dua belas tadi .
Sahabatku berkata “ Keputusan dah sampai
tapi kita tengah tunggu Tuan Pengetua .”
Rupanya begitu , kurang sedikit kegelisahan di hatiku . Hasil usaha penat
lelahku selama ini akan terjawab pada hari ini . Setelah berbulan- bulan aku
mengorbankan masaku , waktu cutiku dan waktu rehat . Hanya satu kertas sahaja
akan menjawab segala- galanya .
Dengan cuaca yang panas , kesabaranku semakin membuak-buak .
Aku tidak tahan lagi . Tambah pula , aku semakin bosan . Aku mengajak
kawan-kawanku yang lain untuk pergi berjalan – jalan di sekitar sekolah .
Semasa berjalan bersama , aku terimbas kenangan silam di mana kami pernah
didenda berdiri di luar kelas kerana tidak menyiapkan nota oleh cikgu sejarah
dan dicubit oleh cikgu bahasa melayu kerana tidak membawa buku . Aku sungguh
tidak percaya masa berlalu dengan begitu pantas . Tidakku sangka walaupun
kenangan itu adalah kenangan yang pahit tapi telah membuatkan aku tersenyum
sendirian . Rupanya inilah yang
dipanggil zaman remaja .
Ketika kami bersiar –siar , kami terlihat beberapa
orang sedang berborak – borak di Anjung
Nilam . Selain rindu terhadap kawan , kami juga rindu terhadap cikgu-cikgu yang
kami saying . Kami menegur mereka
“Apa khabar cikgu ,
sihat ? “ tanya kami
“Khabar baik sahaja , lama kita tidak berjumpa kan ? Rindu
cikgu terhadap anak-anak lelaki cikgu setiap hari semakin menebal “ kata guru
kelas kami .
“Berapakah orang yang berjaya mendapat keputusan lapan A
?” Haziq mencelah
“Tujuh orang sahaja .”jawab
cikgu .
Hatiku sudah semakin berdebar sejak mendengar jawaban
daripada cikgu . Jikalau ingin
dibandingkan aku dengan sahabat-sahabatku yang lain memang aku tidak setara .
Bilangan pilihan adalah sebanyak enam orang termasuk Haziq . Pelajar pilihan
diberi gelaran Pelajar Gemilang kerana pihak sekolah telah memilih meraka
sebagai calon-calon yang bakal memperoleh keputusan cemerlang . Pelajar
tersebut diberi keistimewaan yang tertentu seperti dapat meluangkan masa di
dalam bilik mesyuarat untuk melakukan perbincangan atau menyelesaikan kerja
sekolah . Di samping itu , mereka juga diberikan buku-buku teks tingkatan 1 dan
2 supaya dapat memudahkan mereka
mengulang kaji dan mencari maklumat . Seterusnya , mereka diberikan
soalan – soalan yang sudah dipilih oleh pihak sekolah untuk menambahkan
keyakinan mereka apabila menjawab soalan peperiksaan sebenar . Memang tidak
dapat aku selindungi aku memang mencemburui mereka semua tapi apakan daya . Aku
hanya mampu beusaha untuk membuktikan walaupun tidak tergolong dalam kumpulan
pelajar gemilang , aku harap akan mendapat keputusan yang terbilang .
Selain pelajar terbilang gemilang , terdapat juga beberapa
pelajar lain yang menunjukkan potensi dan kemungkinan untuk memperoleh
keputusan yang cemerlang . Semakin aku memikirkannya , semakin kusut fikiranku
. Hatiku sudah berdegup kencang seperti degupan seorang pelari pecut yang keletihan . Tanganku sudah berpeluh
walaupun terdapat kipas yang berpusing di atas tempat aku berdiri .
Kegementaraan , sudah merasuk diriku . Tidak lama kemudian , Tuan Haji Zaib ,
Pengetua sekolahku pun tiba . Kini sampailah masa yang dinantikan –
nantikan maka bermulalah majlis
penyampaian keputusan PMR 2013 .
Aku seperti dirasuk kerana tidak sabar untuk mengambil
keputusanku . Ucapan pengetua yang panjang lebar membuatkan kami gelisah tapi
ada juga kawan-kawan aku yang lain tertidur . Aku menggenggam buku limaku
sambil mengetap bibirku . Akhirnya , tuan pengetua mengakhiri ucapannya . Kami
semua diarahkan berbaris mengikut kelas masing-masing . Oleh sebab terlalu gementar
dan takut akan keputusan aku seniri , aku sengaja berdiri di barisan belakang .
Kini tiba giliranku . Setakat ini sudah seramai enam orang
mendapat keputusan yang cemerlang iaitu 8A’ . Dua lelaki dan empat perempuan
telah berjaya dan mereka semua adalah kumpulan pelajar gemilang kecuali Faiz
Zambri . Dia adalah pelajar yang berpotensi dan telah berjaya mendapat
keputusan yang cemerlang . Saat dia mengambil keputusan dan kulihat senyuman
terukir di wajahnya ditambah pula dengan kulit muka bertukar menjadi merah .
Hal itu telah mengejutkan guru-guru yang berada di situ . Nama pelajar yang
terakhir itu masih belum diketahui . Mataku liar meihat orang di sebelah kanan
dan kiriku . Orang dihadapanku membuat aku rasa ingin menolaknya ke tepi kerana
telalu lambat .
Kini , aku berada di hadapan guruku . Aku tidak berani
meletakkan harapan tinggi tetapi hatiku menjerit menginginkan kejayan . Aku
menarik nafas panjang- panjang tapi hatiku masih berdebar. Aku hanya berpeluk
tubuh berdiri di hadapan guru . Kegelisahan menyelubungi diriku. . CIkgu memandang
ke arahku lalu menyebut namaku . Aku yang terlalu berdebar hanya mampu
mengangguk apabila namaku disebut . Aku melihat mata guruku lalu melihat
bibirnya Aku melihat bibirnya bergerak
dengan taja seperti seekor helang yang sedang mencari makanan ketika sedang
kelaparan . Aku perhatikan pergerakan bibirnya dan mendengar apa yang disebut .
“Tahniah Dzarif , awak berjaya mendapat 8A’ “ katanya .
Apabila aku terdengar perkataan itu , telingaku seperti
sudah tidak berfungsi lagi Aku tidak
dapat mendengar lagi bunyi-bunyi lain di persekitaranku . Hatiku yang tadi
berdegup kencang telah kembali perlahan . Mataku masih tajamemerhatikan guruku
dan tanpa aku sedari tanganku mencapai slip keputusan daripada tangan guruku .
Ketas itu berwarna putih dan tulisannya agak kabur . Aku memfokuskan
penglihatanku pada kertas itu . Aku
melihat nama , nombor kad pengenalan dan seterusnya gred mata pelajaran .
Rupanya memang benar , akulah pelajar tersebut . Ternyata usaha gigihku selama
ini bukanlah satu pembaziran . Aku meluahkan perasaanku dengan satu jeritan
yang kuat dan menggemakan kantin . Aku membongkokan badan dan menaikkan
penumbukku ke atas langit seperti seorang pemain bola mewakili negara yang
telah berjaya menjaringkan gol kemenangan untuk pasukannya pada perlawanan
akhir di saat akhir . Aku lihat pengetua berada di sisiku pantas aku mengambil
tangannya dan menciumnya dan juga tanpa aku sedari aku telah memeluk Pengetua
sambil mengucapkan terima kasih padanya kerana telah mendoakan kejayaanku .
Memang tidak dapat dinafikan lagi . Aku telah berjaya membuktikan bahawa dengan
usaha dan doa kita mampu berjaya walaupun terdapat halangan yang besar di
hadapan kita .
Wajahku bertukar menjadi merah daripada putih . Perasaanku
yang gementar tadi bertukar menjadi gembira . Aku yang tadi memeluk badanku
sendiri kini memeluk pengetuaku sendiri . Pipiku terasa sakit kerana terlalu
lebar senyumanku . Terserlah gigi-gigiku yang putih bersih .
“Tahniah Dzarif , bersyukurlah kepada ALLAH SWT .” kata
pengetua kepadaku sambil menepuk bahuku sebagai tanda syabas .
“Alhamdulillah cikgu.” balasku sambil mengelap air mataku
yang mengalir di pipiku .
Itulah kejayaan pertamaku sejak aku gagal meraih
keputusan cemerlang ketika di bangku sekolah rendah dalam Ujian Penilaian
Sekolah Rendah . Aku masih lagi ingat suasana sekolalh rendah ketika mengambil
keputusan UPSR . Rakan-rakanku yang rapat denganku , kami belajar bersama-sama
, kami bermain bersama-sama dan menangis
bersama tetapi perbezaanya hanya satu iaitu aku menangis kesedihan manakala air
mata merka pula adalah air mata kegembiraan kerana memperoleh keputusan 5A’
dalam UPSR . Peritnya hati melihat orang lain bergembira di saat kita berduka .
Tiada senyuman aku sedekahkan kepada merek . Namun begitu , ibu bapaku tetap
memberi kata semangat kepadaku agar terus berusaha dan mara ke hadapan walaupun
terkandas .
“Cikgu , bolehkah saya meminjam telefon bimbit cikgu ?
Telefon saya telah tamat perkhidmatan dan saya ingin sekali untuk memberitahu
khabar ini kepada ibu saya . Bolehkah ? .” pintaku kepada guru kelasku .
“Sudah tentu boleh ,” balasnya lalu menghulurkan telefon
bimbitnya . Aku mengukir senyuman di mukaku yang merah kerana terlalu banyak
menangis tadi mendail nombor ibuku .
“Hello , ibu ! Abang berjaya ! Abang dapat 8 A’ !!
“Betulkah ini anakku ? Alhamdullilah ! “ ibuku menjawab
dengan nada gembira kata-kata ibuku membuat hatiku mekar .
Perasaan aku ketika itu tidak dapatku
ungkapkan dengan kata-kata . Aku mengucapkan terima kasih kepada ibuku kerana
tidak henti – henti mendoakan kejayaanku . Selepas itu , ibu berpesan supaya
terus pulang ke rumah selepas tamat majlis penyerahan keputusan PMR berjanji
akan pulang segera .
“Diminta semua orang yang memperoleh keputusan 8A’ , sila
hadir semula di kantin .” Pengumuman daripada cikgu itu telah menggangu saat
indahku bersama rakan-rakan .
Apabila tiba , rupanya ada sesi bergambar
bersama-sama pengetua dan semua pelajar yang mendapat 8A’ . Aku tanpa berfikir
panjang , dengan cepat meluru ke sebelah pengetua supaya aku senang dilihat
oleh sesiapa sahaja yang melihat gambar itu . Pancaran cahaya dari kamera Nikon
membuat mataku sakit . Tapi aku tahan kerana peluang seperti ini hanya sekali
seumur hidup dan pastinya tidak akan aku lepaskan begitu sahaja .
Selesai sesi pengambaran , aku berkumpul dengan sahabatku di
tempat letak motorsikal . Di sana , sekali lagi aku bergambar beramai-ramai dengan mereka sambil menunjukan
slip keputusan kami semua . Gambar itu akanku kenang sebagai gambar yang
terbaik pernah aku miliki . Aku pulang ke rumah selepas selesai menghantar
Haziq ke rumahnya . Ketika di sana , kami terserempak dengan abang Haziq di
luar rumah . Dia bertanya tentang keputusan kami . Kami pun apa lagi terus
menunjukan slip kami kepadanya . Riak wajahnya seperti dia tidak menyangkakan
kejayaan kami . Matanya bulat melihat slip keputusan PMR dan mulutnya ternganga
luas . Sungguh lucu sesiapa yang melihatnya ketika itu .
Aku tiba di pintu gerbang rumahku . Dulu aku memasukinya
dengan hati yang sedih dan tangisan tapi kini aku dapat membalas dendam . Aku
membukanya dengan berani . Aku melangkah dengan bermaruah . Aku berjalan dengan
bangga . Keluarga menyambut aku dengan gembira . Aku tak dapat lagi menahan
ketawaku . Tawaku meledak seumpama gunung berapi memuntahkan laharnya . Ayahku
mengambil gambarku manakala ibuku memelukku . Perasaan aku ketika itu sekali
lagi tidak dapat aku gambarkan dengan kata-kata . Hanya aku dan Yang Maha Esa
sahaja dapat mengetahuinya .
Sang suria telah hilang dari langit. Sang bulan telah timbul dan ditemani oleh bintang-bintang di sisinya. Malam itu, perasaan aku sungguh gembira. Hatiku yang dulu gementar dan risau akhirnya telah kembali tenang. Ketenangan seperti inilah yang aku sering impikan. Oleh sebab itu, pada tahun ini, aku akan lakukan yang terbaik agar keputusan SPM aku nanti sama seperti PMR. InsyaAllah, tiada yang mustahil dalam hidup ini.
DZARIF IMRAN
No comments:
Post a Comment